Monday, June 22, 2009

BLOG LIST AKHI MIZI

SEJAK dari mula lagi saya sudah meletakkan keyakinan dan harapan yang tinggi, bahawa dunia BLOG di medan maya ini tidak akan sunyi daripada penyertaan golongan berpendidikan agama. Ternyata keyakinan dan harapan saya itu kini menunjukkan kebenaran yang hakiki.

Tidak terhitung lagi jumlah blogger yang berlatar belakang agama ini. Ini dibuktikan dengan senarai BLOG LIST AKHIMIZI ini.

Saya optimis akan berlaku pertambahan lagi pada masa akan datang. Dengan wujudnya Blog List di bawah ini saya akan menghimpunkan sebanyak mungkin blog-blog yang sedang berpencak di medan maya ini.

Pelbagai lapangan dan gaya penulisan masing-masing. Ada yang menulis isu agama dengan mengkhususkan kepada dakwah, fiqh Islami, Akidah, Falsafah dan tokoh-tokoh Islam. Ada juga yang menulis tentang Pendidikan dan dikhususkan kepada madah berkaitan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Ada yang menulis tentang perjalanan hidup dengan gaya santai. Tentang apa yang dilalui, dialami, meluahkan emosi, membuat refleksi dan sebagainya.

Kesimpulannya golongan agama ini bukan lagi seperti tanggapan serong masyarakat suatu ketika dahulu yang beranggapan golongan agama hanya tahu hal-hal agama sahaja.

Saya cukup teruja dengan kemeriahan dunia maya ini yang semakin hari menampakkan keseimbangan dalam menyediakan bahan untuk dilayari pengguna seluruh dunia.

Mabruk, Tahniah.


Salam blogger,

Akhi Mizi
019-5785596
http://akhimizi.blogspot.com/ http://akhimasrawi.blogdrive.com/ http://akhimasrawi.cjb.net/ dll.